Keahlian

Syarat Umum

Menjadi Ahli

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas

Nota: Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima sebagai ahli kecuali dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa mempunyai hak untuk mengundi di dalam Mesyuarat Agung. Kedua-dua ahli ini juga boleh memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja dan jawatankuasa-jawatankuasa dalam Persatuan

Ahli Biasa

Yuran pendaftaran untuk Ahli Biasa adalah dibayar pada setiap tahun dan keahlian ini cuma aktif selama setahun. Ahli Biasa hendaklah sentiasa memperbaharui keahliannya untuk memastikan beliau mendapat keistimewaan sebagai seorang ahli Persatuan
Pendaftaran untuk menjadi Ahli Biasa telah dibekukan untuk sementara waktu

Ahli Seumur Hidup

Yuran pendaftaran untuk Ahli Seumur Hidup adalah dibayar sekali sahaja dan keahlian adalah aktif seumur hidup. Pendaftaran untuk menjadi Ahli Seumur Hidup boleh dibuat melalui dalam talian dengan menekan butang pendaftaran dibawah. Yuran Keahlian : RM115

Jom Sertai Kami

Sama ada anda seorang penutur Bahasa Arab yang fasih
atau masih ingin belajar, PBAM mengalu-alukan kehadiran anda di dalam Persatuan.

Nota: Link untuk Surat Keahlian ditutup buat sementara waktu.
InsyaAllah akan dibuka semula setelah selesai dinaik taraf. Harap maklum

Senarai Ahli

Seumur Hidup

Kemaskini Terakhir: 16 September, 2023