
Maklumat Pendaftaran - Kursus Intensif Asas Bahasa Arab Dewasa (KIBAD) - Siri 1
Persatuan Bahasa Arab Malaysia (PBAM) ingin menjemput semua ahli persatuan untuk menghadiri Siri Pertama Kursus Intensif Bahasa Arab untuk Golongan Dewasa yang bakal diadakan seperti maklumat berikut:
Ahad, 6 Julai 2025 (Tarikh Baru)
9:00pagi - 1:00 tengahari
Rumah PBAM (Secara Bersemuka)
Untuk siri pertama ini, pihak PBAM akan memulakan dengan kelas / kursus secara bersemuka. Sekiranya kursus in mendapat sambutan, insyaAllah akan di perluaskan juga secara dalam talian. Sila berikan maklum balas di bawah untukmakluman pihak kami.
Target Peserta
Semua ahli PBAM yang berminat di alu-alukan untuk menyertai kursus ini. Sekiranya anda bukan ahli Persatuan, anda digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PBAM.
