Pengenalan
Sejarah
Penubuhan Persatuan
Persatuan Bahasa Arab Malaysia (PBAM) telah ditubuhkan pada 12 November 1987 di Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya (kampus lama). Ia didaftarkan secara rasminya melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 22 Jun 1989 mengikut perkara 7, Akta Kesatuan dan Pertubuhan Malaysia tahun 1966
Setelah bertapak di Petaling Jaya selama beberapa tahun, Persatuan seterusnya berpindah ke Pusat Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 1991 danĀ pada bulan September 2011, Bahagian Pengurusan Hartanah JPM telah bermurah hati memperuntukan satu kuaters kerajaan beralamat JKR 2951 Jalan bukit Ledang, Kuala Lumpur kepada PBAM
Persatuan Bahasa Arab Malaysia dipimpin oleh Tan Sri Dr. Ismail Ibrahim sejak ia ditubuhkan sehinggalah tahun 2005. Beliau merupakan mantan Ketua Pengarah IKIM merangkap pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dan juga pernah menjadi Duta Malaysia ke Arab Saudi. Bermula tahun 2005 hingga 2023, PBAM dipimpin oleh Yang Dipertua keduanya YBhg. Dato’ Lela Perkasa Ustaz Mahamud bin Abdul. Beliau seterusnya diganti oleh Yang Dipertua PBAM sekarang iaitu Ustaz Hakim bin Zainal
Matlamat Persatuan
Menggalak dan mengembangkan pembelajaran Bahasa Arab dan kebudayaan Islam dengan berbagai cara yang sesuai
Menolong, terutamanya ahli Persatuan dalam memahami dan mendalami isi kandungan dan makna Al-Quran, Al-Hadith dan sumber-sumber lain dalam Bahasa Arab
Menganjurkan pelbagai kegiatan untuk meningkatkan pengetahuan Bahasa Arab dan kebudayaanIslam di kalangan ahli dan anggota masyarakat yang berminat
Jom Sertai Kami
Sama ada anda seorang penutur Bahasa Arab yang fasih
atau masih ingin belajar, PBAM mengalu-alukan kehadiran anda di dalam Persatuan.
Mantan Yang Dipertua
PBAM

Tan Sri Dato' Wira Dr. Ismail Hj. Ibrahim
Yang Dipertua
1987 - 2005

Dato' Lela Perkasa Ustaz Mahamud bin Abdul
Yang Dipertua
2005 - 2023
